Saturday, March 2, 2013

Senyum =)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
'SENYUM'topik untuk waktu ni..
SENYUMLAH wahai si Cantik dan si Kacak
sesungguhnya 
Ada airmata disebalik SENYUMAN;
Ada kasih sayang disetiap AMARAH;
Ada pengorbanan disetiap KETIDAKPEDULIAN;
Ada harapan disebalik KESAKITAN;
Ada kekecewaan di setiap DERAI TAWA.
Ingat!!
Kita bukan satu-satunya manusia yang mempunyai segudang masalah..
TERSENYUMLAH...
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka.
MAAFKANLAH...
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit.
Hanya ALLAH tempat segalanya bermuara...Hanya kepada-Nya sahajalah kita berserah atas segala pinta...Senyum penuh syukur...Alhamdulillah...

Miss Said: Senyum tak perlu kata apa-apa.. senyum boleh saje untuk semua tetapi pada ajnabi.. jangan senyum over sangat okey...Belajarlah senyum kepada mereka yang ................^_^


!!! Gambaran Hari Kiamat !!!




Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.
Selawat dan salam atas junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*petikan ini telah ku ambil dari laman sesawang 'Muka Buku' buat pedoman hidup kita semua di dunia dan di akhirat*


Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)





Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Ketenangan Hati



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

..6 Kunci Ketenangan Hati..
1. Jangan bergantung pada orang lain, bersikap mandirilah dan percaya akan kemampuan diri kita.
2. Jangan berburuk sangka, sebaliknya berfikiran positif supaya ianya membawa pada sesuatu yang bermanfaat.
3. Jangan mengingati penyesalan di masa lalu, kerna hidup ini indah, maka buatlah sesuatu perkara dengan satu keputusan dan jangan pernah sesekali menyesalinya.
4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, kerna dendam itu diibaratkan sebagai racun di dalam hati kita, maka jauhilah ia.
5. Jauhilah sifat terburu-buru, kerna modal dalam kehidupan bukannya harta tetapi waktu, oleh itu gunakanlah waktu dengan sebaik-baiknya.
6. Jangan khuatir dengan hari esok, ketuklah pintu maka pintu pun akan terbuka, sentiasalah mengingati 
Allah yang Satu.

"Barang siapa yang bangun di pagi hari dan hanya Dunia yang difikirkannya sehingga seolah-olah dia tidak melihat hak-hak Allah dalam dirinya(tidak berdzikir) maka Allah akan menanamkan 4 penyakit iaitu:
1. Kebingungan/keresahan yang tiada putus-putusnya;
2. Kesibukan urusan Dunia yang tidak pernah ada penghujungnya;
3. Keinginan yang tidak pernah dipenuhi/puas;
4. Khayalan/angan-angan yang tidak berpenghujung."
-HR ImamThabrani-

p/s: Jangan kita salah faham 'dzikir' hanya pada lafaz sahaja kerna seseorang yang solat fardhu/sunat, menutup aurat, puasa wajib/sunat, dan segala macam bentuk ibadah lainnya samada yang khusus/umum seluruh anggota luar dan dalam tubuhnya turut berdzikir kepada Allah. Semoga ini semua dapat mengingatkan kita dan menenangkan kembali hati kita yang sedang galau ini..

Miss said: La Tahzan.. Don't be sad.. I'm a strong woman! =)



Friday, February 15, 2013

Actor and actress Korean


Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang cukup daripada-Nya dan sentiasa dijauhkan daripada perkara2 buruk berlaku keatas diri ini.. aamiin..
Kalau korang dapat lihat kat bawah ni... banyak gambar2 orang korea kan...
haa.. Miss kenal muka diorang after Miss tengok cerita2 yang diorang berlakon..
Nama diorang pon sebenaqnya Miss cari kat google dengan menaip nama cerita yang diorang berlakon..
F.Y.I... ni 1st time kot Miss upload gambaq selebriti2 korea..
Tapi.. tak bermakna Miss FANATIK dengan semua tentang Korea..
Ni mungkin buat tatapan blog Miss... biaq nampak meghiah sikit.. heheh
dah.. pi lah usha2 mamat2 n minah2 sepet kat bawah ni.. eheh


Lee Dong Wook and Lee Da Hae
-My Girl-

Lee Min Ho and Go Hye Sun
-Boys Over Flowers-

Kim Sang Bum and Kim So Eun
-Boys Over Flowers-

Yoochun and Han Jin Min
-Rooftop Prince-

Bi Rain and Song Hye Kyo
-Full House-

 Kim Hyun Joong and Jung So Min
-Playful Kiss-

Joo Sang Wook and Joo Ahn
-Special Affairs Team Ten-

Hyun Bin and Ha Ji Won
-Secret Garden-

Yong Hwa [CN Blue] and Park Shin Hye
-Heartstrings-

Lee Seung Gi and Shin Min Ah
-My Girlfriend is a Gumiho-

Jung Il Woo and Nam Gyu Ri
-49 Days-

Jo Hyun Jae and Lee Yo Won
-49 Days-

Lee Jae Hee and Han Chae Young
-Delightful Girl Choon Yang-

Song Joong Ki and Moon Chae Won
-Innocent Man-

Lee Sun Gyun and Gong Hyo Jin
-Pasta-

Joo Ji Hoon and Yoon Eun Hye
-Goong-

Chun Jung Myung and Moon Geun Young
-Cinderella's Stepsister-
Jang Geun Suk and Yoona [SNSD]
-Love Rain-

Min Ho [SHINee] and Sulli [f(x)]
-To The Beautiful You-

Taecyeon [2PM] and Suzy [Miss A]
-Dream High-

Woo Young [2PM] and IU
-Dream High-

Okeh.. sampai sini je okey.. b.t.w. thanks for seeing and reading this entry yang melalut-lalut..


Thursday, February 14, 2013

Musim K-Pop

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga sentiasa diberi kesihatan yang cukup daripada-Nya dan sentiasa dijauhkan daripada perkara2 buruk berlaku keatas diri ini.. aamiin..


Hari ni Miss nak 'story-mory' sikit pasal K-Pop..
Sekarang ni ramai sangat yang fanatik sangat dengan K-Pop..
Tak terkecuali Miss pon minat jugak..
Tapi keadaan Miss tak lah sampai FANATIK SANGAT dengan K-Pop..
Miss cuma minat..

1) only the best korean drama (like a drama romantic comedy)
2) only the best n which means variety show from there (like some of their comedy)
3) only the best song n the meaning is not conflicting (best melody n instrument)
4) the 'best' actor (like their attitude, good-looking n how they acting)
more than that is nothing.. maybe.. ahaha..


Orang selalu pandang serong dengan apa yang kita minat..

Walhal kita minat just untuk menghiburkan diri..
Mereka yang pandang serong tuh bukannya nak menghiburkan kita kan...
Depa dok asyik layan depa punya buah hati ja..
Macam kita.. Kita mana laa ada buah hati...
Tuh yang asyik dok bertepuk sebelah tangan dengan mamat Korea..



Minat K-Pop tak salah..

asalkan tahu batas2 n tidak terlalu fanatik,

 senang cerita kita mesti tahu kita berada di landasan yang betul..
Malas nak cerita panjang2.. cause korang pon dah besar panjang.. tentu boleh fikir yang mana baik dan mana yang buruk..
Allah s.w.t dah beri kita akal.. gunalah sebaik-baiknya..


Okay..
kat bawah ni menunjukkan apa yg membuatkan Miss minat pada K-Pop.. 

1) Some of story that I think best n I like it n enjoy it..
(cuma ini je cerita yang Miss ada.. kalau korang ada cerita yang best2 meh la share2 dekat Miss)


2) Not all of the song that I like it just some..



(cuba korang perhati betul2.. kebanyakkan lagu adalah 'ost'.. )

okay.. sampai sini je lah yang Miss larat nak share...
 panjang2 takut tak muat pulok.. heheh
lain hari kita sambung lagi okey.. maybe pasal hero n heroin korea ke.. tunggu je lah... okey...
Wassalam...

Sunday, January 20, 2013

New 2013



Assalamualaikum w.b.t.
(memberi salam adalah sunat.. dan menjawab salam adalah wajib.. ^^)


Okay.. dah masuk tahun 2013.. dah lama Miss tak update blog ni... banyak post2 lama yang sudah dibuang.. dan rupa blog Miss pon dah berubah wajah.
Almaklumlah.. masa sekolah kononnya tak ada masa nak buat itu ini.. hampeh!
Now.. dah habis sekolah.. dan masih menganggur.. waktu ni lah boleh buat macam2 benda sampai tak terbuat.. haha
Masa sekolah banyaklah perancangan2 kita.. nak buat itulah.. nak buat inilah.. at last.. semua tu entah dah lari ke mana.. (lumrah alam.. manusia hanya mampu merancang.. tapi  ALLAH yang menentukan.)

Tanggal 02 November 2013.
Genaplah umur Miss yang ke 18 tahun.. (still muda okay! ^^)

Sementara menunggu result SPM keluar.. ramai kawan2 Miss dah kerja.. Miss je yang masih lagi duduk kat rumah layan cerita Korea yang mood ingin menonton tu baru nak wujud.. walhal masa kat sekolah bukan main.. tukar2 pendrive kat kawan mintak2 cerita.. Tak boleh blah kan? haha.. 

Actually.. sekarang Miss tengah dalam proses belajar memandu.. hari tuh baru dua kali belajar kereta.. esok pon kena pergi lagi...
Pertama kali belajar memandu.. Miss belajar dengan Pak Haji (Tok Rahman) 
Kali kedua belajar memandu dengan Pak Din.. 
Wahh! Percaya atau tidak.. Miss belajar memandu macam tak ada perasaan..
:nantuk
Rasa macam Ibu Miss yang bawa kereta then Miss duduk kat belakang. haha.. Memang tak boleh blah.
Hope esok boleh memandu seperti pemandu berhemat yang lain.. aamiin.. 
:terharu

Miss said :  Anyway... thank you for reading... Wassalam...
 :muah 

Saturday, December 22, 2012

Raja Lawak Musim Ke-3


JUARA..


Kumpulan Sepah

Nama Sebenar: Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin
Nama Samaran: Jepp
Tarikh Lahir: 9 April 1985
Asal: Kulai, Johor

Nama Sebenar: Shahmira bin Muhamad
Nama Samaran: Shuib
Tarikh Lahir: 15 September 1984
Asal: Johor

Nama Sebenar: Mohd. Noor bin Murad
Nama Samaran: Mamat
Tarikh Lahir: 30 Oktober 1984
Asal: Kulai, Johor



NAIB JUARA


Nama Sebenar: Mohammad Amirullah bin Azmi
Nama Samaran: Amir
Tarikh Lahir: 
Asal: Kota Bharu, Kelantan




TEMPAT KE-3

Nama Sebenar: Nur Jihan binti Musa
Nama Samaran: Jihan
Tarikh Lahir:
Asal:



Segala maklumat yg diperoleh adalah hasil pencarian di laman http://www.google.com..maaf diatas sebarang kesulitan..